|
########################################################################## PROGRAM : BENOM'S BUCKLE UP (2ND EDITION) VENUE : TRANS BUKIT GASING, PANTAI DALAM DATE : 2 APRIL 2006 (SUNDAY) TIME : 8.00 AM - 1.45 PM PESERTA : ABIB (PENGARAH), NIZA, YATT, SHAH, CICAK, TOMPOK, BUYUT, BANG CHIK, JAS, NABILA, FAD dan 13 ORANG GENG2 NETBALL KERAMAT!!! ##########################################################################
KISAH KLASIK PARA LASTMAN/WOMAN :
0630 : saya dah bangun pagi. memang tahap malas giler nak bangun, tapi oleh kerana tahap kecintaan terhadap Ateam adalah sangat tinggi, so ku gagahi jua diri untuk bangun, semayang dan seterusnya menyiapkan sarapan untuk keluarga. Mak aku pun buat muke pelik dan berkata, ' aik awal buat sarapan hari nih...ini mesti nak gi jogging?!!'. lalu aku dengan tersipu-sipu malu tapi mahu pun menjawab,'iye mak'...hahaha...seterusnya antar mesej pada niza. just pemberitahuan bahawa diriku akan mengikuti program pada hari ini. then, gi mandi, bersiap dan seterusnya memulakan perjalanan.
0740 : alamak...diorang tutup jalan kat sekitar jalan duta la pulak sebab ada plak organisasi mana pegi anjurkan larian. chesh macam sarkesss betullah...aku pun dah tahap panik2 ah sebab dah sangat tersasar dari waktu yang dijanjikan. tapi bila calling2 semua orang...aiyarkkk shah sangkut baru sampai kat masjid jamek, call nana plak tak dapat dikesan dan niza sendirik pun blom bergerak lagi ke kondo rakyat...so TAH ku pun melajakkan diri untuk mengambil shahs kat kl sentral...tahap setengah jam baru nampak muke, rupanya dia baru jek layan perut yang meragam...hihihi macam2lah pe'el bebudak nih...boleh migrain diriku :-)
0830 : Sesampainye kat area kondo rakyat, niza dan tompok tengah layan sarapan kat bawak blok 4. kata mereka (perghhh standard noo ayat aku nih), abib ngan cicak kena ke keramat untuk menjadi penunjuk arah kepada sekumpulan belia yang akan men'join'kan diri dalam aktiviti kali ini. tidak berapa lama kemudian, mereka2 ini pun sampai...perghhh satu pasukan melaporkan diri nih... panik plak aku :-) tetiba dapat plak menghubungi nana...rupenyer baru nak bangun tidur nih... cheshhhh sarkes lagi skali...terpaksalah kami kehilangan seorang peserta pada hari ini. so setelah semua militan2 sampai...maka kitorang pun bergerak ke tapak senaman.
0930 : matahari dah tegak atas kepala, kitorang plak baru je nak buat warm up. abib jadik jurulatih senaman dan seringkali lawak2 cerianya disambut mesra oleh gadis-gadis netball yang berkenaan (perghhh aku sambil tulis, sambil muntah darah niiii...hihihi)...dan nampaknya kali nih kena buat lompat bintang sebanyak 15 kali instead of 50 kali sebelum ini. itupun tak banyak yang dapat habiskan...kehkehkeh... seterusnya perjalanan dimulakan dengan cicak dan buyut sebagai marshall dan geng2 lastman kite pada aktiviti kali ini tidak lain dan tidak bukan adalah yatt, niza, shah, bang chik dan tompok. trek kelihatan agak basah, so banyak ah kedengaran suara2 yang berteriak kecil sebab kaki terbabas. then, sampai kat satu part yang mencanak tuh, hahahaha disinilah terjadinya adegan '3 PARI-PARI SKH TAHAP 8 JUTTA KALI DENGAN SEORANG INCHEK'. alkisahnya, sampai kat trek mencanak yang licin nih, some part boleh guna tali, some part boleh survive sendirik and some part lagi bolehlah gunakan tangan (JIKA DIPERLUKAN)...so aabib kite yang GAGAH PERKASA nih pun telahlah menghulurkan pertolongan tangan kepada adik netball kite ni. lalu kitorang yang jadik lastman nih pun ingatkan boleh ah dapat pakej cenggitu jugak. tapi bile niza jerit, 'aabib, kitorang pun nak pakej macam tu jugak', chesh inchek tuh tak layan puuuuun. dia bagi senyuman tahap sekilas pandang, then terus gerak ke depan...huhuhuhuhu...sarkes betulll...ini yang buat kitorang sangat2 SKH nih. tahulah kitorang nih dah selalu layan hutan belantara, tapi kitorang nyer tangan still selembut sutera lagi tauuu...huhuhu... sampai kat part puncak mencanak tuh, aku plak rasa cam nak termuntah...walapun dah naik bukit gasing untuk kali yang kedua, tapi taktahulah kenapa sampai kat part tuh, aku mesti piawai...so aku pun lepak ah kejap ngan niza sebab nak minum air...sekali sumer guide2 turun padang nak rescue aku...aiyarkkkk... aku plak yang panik dan tetiba cam malu sendirik...btw, thanks a lot for everyone who's concern about me... i'm really appreciate it :-)

then, tengah jalan2 tuh terserempak ah ngan sekumpulan family mat saleh yang bawak anjing2 diorang bersiar2. tak semena2, ada seekor anjing tuh pegi say hi kat niza...apalaga melompat ah minah tue mempertahankan diri...and niza bertambah SKH bile budak laki tuh cakap, 'she's scared'. hahahahaha... sabar je ek niza...kitorang bukan takut ngan anjing tuh, cume malas nak samak jek...dan begitulah s eperti yang dipersetujui oleh tompok...hihihi...cicak plak dah taknak jadik leader, sebab asyik dia jek tukang clear kan sarang labah2 yang bertebaran melintang jalan...hahaha...jalan-jalan lagi, geng2 lastman nih bertemu ngan persimpangan...so dengan segala kuasa veto yang ada, kitorang pun memilih jalan yang 'senang'...hahaha choooppp take 5 lagi skali...perjalanan disambung setelah kitorang berjaya mengurangkan kuantiti air 100 plus seseorang sehingga ke setengah botol (shhhhh...jangan kasitahu abib ek)...hihihi
1120 : sampai kat menara TNB. masing2 buat aktiviti sendirik. ada yang main pepsi-cola, setengah nyer plak dok rileks...dan inchek trainer pun tak buat latihan tahap muntah darah...selamatttttt...setelah melepak lebih kurang... kitorang pun berangkat ke PELANTAR aka Menara Pandangan...aku pun tak ingat nama sebenar tempat nih... dalam perjalanan tuh, aku ngan buyut layan lagu bernafas dalam lumpur, lalu 'seperti yang kujangka terjadi', hujan pun turun mengiringi kesedapan nyanyian kami. lantas atas dasar bersyukur dengan rahmat yang diberi, kami masih meneruskan aktiviti menyanyi...hahaha...waktu nih ada sorang budak netball dah tahap piawai... so lama sket ah geng2 lastman nih merasa berhujan...hihihi...sesampainyer di PELANTAR, hujan kembali reda. memandangkan dah masuk tengahari, maka bang chik dianugerahkan tugas untuk memasak air bagi meng'cover' sifat lapar yang ada. tanpa segan silu, militan2 nih telah berjaya menyakat bang chik...sampai tertumpah2 lah air yang dimasak tuh...hihihi...seterusnya abib memberikan sepatah dua kata mengenai program benom dan ajak sesapa yang berminat untuk join skali. sepatutnya program bukit gasing nih adalah sebagai latihan kepada pasukan ateam yang akan mendaki gunung benom pada minggu hadapan. namun oleh kerana bilangan ateam telah menjadi minoriti, maka aktivit ini ditukarkan kepada sesi latihan untuk geng2 netball keramat pule...
1230 : pergerakan balik ke markas utama...sepanjang perjalanan dirancakkan dengan perbualan mengenai masa depan ateam...perghhh memang tahap ilmiah lah perbincangan kali nih yang disertai oleh abib, yatt, shahs dan niza. insyaallah topik perbualan kami ini akan diketengahkan dalam pertemuan ateam yang akan datang.
0130 : tiba di markas...sesi cooling down...dan akhirnya bersurai...sekelip mata, buyut dah transform pakaian... OOooooo ada dating rupenye...tompok plak ajak makan kat kenduri kawen kawan dia yang terletak berdekatan, tetapi kami dengan muka menahan kelapan, menolak tawaran tersebut dengan sopan...hihihi...abib plak sibuk handle gadis2 netball..so tak reti2 lagi keh 3 pari-pari nih untuk membawa diri...hihihi...lalu kitorang pun berangkatlah ke umah niza...mandi, semayang dan gi makan tengahari kat kedai pukul 3pm.
Maka, mengakhiri laporan saya pada kali ini adalah single yang dipetik dari album saya yang ke 67...terimalah...
SITI NURHALIZA - Seindah Biasa
Jangan pernah takut ku tinggalkan, Saat bintang tak mampu lagi berdendang Saat malam menjadi terlalu dingin, Hingga pagi tak seindah biasanya
Takkan mungkin kita bertahan, Hidup dalam bersendirian Panas terik hujan badai, Kita lalui bersama
Saat hilang arah tujuan, Kau tahu ke mana berjalan Meski terang meski gelap, Kita lalui bersama
Ku tak bisa merubah yang telah terjadi, Tapi aku akan menjanjikan yang terbaik Agar kita tak pernah menjadi jauh, Meski beza dermaga untuk kita berlabuh
Pernah kita jatuh, Mencuba berdiri, Menahan sakit dan menangis Tapi erti hidup lebih dari itu, Dan kita mencuba melawan
Regards, Yattleel Yang Jelita
|