Entry: LAPORAN TRANS BUKIT TABUH, TAMAN MELAWATI Mar 29, 2006



============================================
Program : Trans Bukit Tabuh, Taman Melawati
Tarikh : 26 Mac 2006 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi - 6.00 petang
Peserta :
Yatt (Che Puan Pengarah Buckle Up), Abib (Inchek
Guide/Pengarah Benom), Niza (TP Benom), John, Gap, Buruj,
Suhaizal, Shah, Iskandar, Zaza, Kurill, Wan, Ina, Emel,
Badawi, Zarul, Buyut, Tompok, Cicak,
Bang Chik, Fad, Nabila, Jas

============================================

Kronologi Pendakian...


>> 0540 :
terjaga sebab dapat sms dari kapten john...menerima arahan supaya
mengambil zaza pagi ini...tapi tengok kat luar tingkap...alamak...hujan
daaaa...siap ada pakej guruh ngan petir tauuu...so konflik ah jugak sebab
taktahu samada nak teruskan program atau tak? tapi dalam kul 6.30 tuh,
hujan pun berhenti...Alhamdulillah. tapi panik ah jugak pagi2 nih sebab
kena siapkan sarapan untuk keluarga. aiyarkkk mesti kena marah ngan
budak ateam lah nanti sebab datang lambat...

>> 0715 :
gi amik zaza kat taman segambut sppk. dia pun cam ala2 panik sebab gap
tak citer penuh tentang perkara apaqah yang akan dibuat pada hari ini.
sementara tunggu zaza, sempat ah menelefon ketua2 bahagian...suhaizal
dan shahrizan ada kat highway subang, niza tengah tunggu geng2 pantai
amik dia, gap tengah tunggu john yang sedang bernyanyi2 dalam bilik air,
erin dah panik tak tahu sape yang akan pegi amik dia...hahaha...then
aku gi amik kurill plak kat damansara damai...boleh tahan gak ah tunggu
mamat nih...katanya pegi mem'baron' sekejap...hehehe

>> 0815 :
tiba di restoran anuar...uiks nama adik abib...haha rindu plak kat
nuar...waaa nampaknya meriah giler majlis mendaki bukit pada hari ini. wan
bawak geng2 dia...cun-cun dan kacak-kacak tuh...abib pun bawak kenalan2
dirinya. gap pun turun gak dari jb nihhhh....dasat...dasat...hujan
still lagi turun dengan renyai...abib dah musykil samada nak teruskan
program atau tidak memandangkan kitorang akan menggunakan laluan berbukit.
dah tentu sangat licin beb. so pendapat diriku, kite gerak jek sampai
tempat daki tuh, then baru kite boleh decide samada laluan tuh boleh
diterima akal atau tak. so beberapa ketika selepas iskandar sampai,
kitorang pun meneruskan perjalanan ke kaki bukit. kiranya peserta pada hari
ini ada seramai 23 orang dengan 1 van, 1 kembara, 2 iswara, 1 satria dan
1 kancil...hohoho semangatnyerrrrr.....

>> 1000 :
sampai di starting point...aku as CEO for today bagi ah salam
perkenalan. then abib plak bagi briefing ala-ala kadar tentang trek hari ini.
memandangkan ramai gak yang tidak dikenali, so masing2 pun memperkenalkan
lah diri sendiri. Bang Chik dilantik sebagai 'leader' dan langkah
pertama kami diiringi dengan bacaan doa oleh Al-Ustaz Al-John.
Perghhh baru 5 minit kaki melangkah, dah kena berenti untuk tangkap
gambar niiiie?!! memang dasat ah dia nyer view...dari mula naik lagi, dia
nyer pemandangan memang tahap marvellous. perjalanan kaki diserikan
dengan keindahan empangan hulu klang. so, pantang ada view yang superb
jek, memang wajib ah ajk-ajk pengambil gambar nih untuk menjalankan
kewajipan mereka. hoho walaupun tak warm up sebelum naik tadi, tapi kiranya
otot2 kaki tak ah terkejut sangat memandangkan kitorang sentiasa berenti
setiap 5 minit untuk bergambar...hahaha...guide pun rileks jek sebab
dia pun sangat teruja untuk mengambil gambar...so perjalanan yang
sepatutnya mengambil masa kurang 2 jam nih telahpun terlajak sampai ke 3
jam...bayangkan kul 1 petang baru kitorang sampai kat puncak nih. hmmmm
memang takleh handle betul. kejap kejap tangkap view yang nampak empangan.
kejap kejap tangkap plak pemandangan UIAM...hmmm che kurill dengan rasa
riak, takabbaur dan tahap bangga giler nih tatkala menunjukkan l!
okasi tempat bekerja beliau...elleh...tak heran laaaa...hihihi
Dalam perjalanan, takde plak yang cedera parah, sumer orang nyer
fitness memang tahap boleh dibanggakan ah. manakan tidak, asyik take 5
jek...dan trek plak takde lah tahap hardcore giler. cume ada 2 lokasi yang
memerlukan kepakaran bermain tali. hmmm aku yang gayat nih pun terpaksa
gak ah handle tali nih...memang sangat bangga ah ngan budak2 ateam nih.
sumer pun sangat membantu untuk emmastikan rakan2 sepasukan dapat
melalui semua cabaran dengan tenang...hahahaha. ada part2 plak kena
melangkah ngan lebih tinggi...dah macam rock climbing plak...dasat...dasat...

>> 1300 :
sampai kat tahap anak puncak. menurut guide, kite lepak makan2 kat
situ, then kite naik puncak berlenggang jek...jaraknye hanya dalam 5/10
minit jek. so macam2 ah juadah tengahari telah berjaya ditapaukan
antaranya nasi lemak dan roti canai lah. so kitorang pun naik puncak, lepak2,
tangkap gambar lebih kurang. then, nampak ah ada satu part kat kl nih
tengah diselubungi awan mendung. hmmm dah ujan le tuh. so kitorang pun
cepat2 repack balik and turun ikut laluan denai yang melalui kawasan
perkebunan penduduk. dekat laluan nih, aku, shah, zaza dan niza merasa lah
menjatuhkan diri sendiri. licin maaa. sebab baru lepas ujan...then
sampai kat satu part tuh, boleh lah plak diriku disuntik mesra oleh inchek
penyengat. sebenarnya aku tak tau pun itu penyengat, aku cume cakap kat
abib, aku kena gigit ngan semut besar yang boleh terbang. hahahahaha
kelakar...kelakar...aku nih memang kena amik kursus mengenal binatang
lah...hahaha...btw, laluan nih mudah giler sebab hanya perlu melalui
laluan hutan sahaja. tapi guide taknak ikut laluan nih, tak mencabar
katanya...

>> 1400 :
so kitorang sumer pun selamat sampai kat kawasan parking...rupanya
iskandar kena tembak 2 kali ngan penyengat. tak semena-mena badan dia naik
gegata. perghh ngeri doooh. orang lain cam tompok pun kena gak, tapi
still boleh dihandle lah. so segala jenis minyak telahpun berjaya
disapukan ke badan iskandar dengan harapan kegatalannya akan berkurangan.
separuh dari peserta balik awal, ada plak yang layan mandi kat aliran
sungai dan sebahagiannya pula, sibuk nak menyiapkan pengkaleran banner.
malangnya, cuaca tidak mengizinkan pula. apabila rintik2 hujan mula
membasahi bumi, kitorang semua pun repack balik sumer barang.

>> 1620 :
sumer orang bergerak mencari tempat sembahyang...waktu sampai kat
masjid berdekatan tuh, azan Asar telahpun berkumandang. so para peserta kena
qada baliklah zohor yang telah ditinggalkan tuh. seterusnya masing2 pun
kembalilah ke jalan asal...

Note : Thanks a lot for everyone who make this things happened, succeed
and really happening. See ya next!!!


-yattleel yang jelita-

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments