Entry: Rock Climbing @ Batu Caves May 25, 2006



[written by Yattleel Yang Jelita]

 

Program         : Rock Climbing

Tarikh          : 29 April 2006 (Sabtu)

Lokasi          : Wira Damai, Batu Caves, Selangor

Kadet-kadet     : Inchek Pengarah Habib, Buyut, Niza, Yatt, Nana,

                  Shahrizan, Lynn, Shahirah, Iskandar, Suhaimi

Pengangkutan    : 5 Kereta + 1 Motor

 

* gambar disumbangkn dr camera abg iskandar*

 

 

Lagenda Pendakian Zaman Batu:

 

0700 (Segambut)

Hmmm bangun pagi, semayang subuh, mandi dan bersiap. Semalam dah berjaya mengelirukan pihak lawan (mak ayah aku lah tu) tentang program arinih. Semalam pun dah sembang2 ngan niza, nana dan shah utk berjumpa di kl sentral. Tapi pagi nih kuar lewat sket...malas lak nak rushing2. TAH pun dah kehausan, so singgah stesen minyak jap. Dapat sms dari nana. Dia tengah tunggu bas nak ke stesen lrt kelana jaya. Hahahahaha apaqarkkkhhh che nana nih. Takpe takpe...kyatt tunggu nyer...hehehe...

 

 

0840 (KL Sentral)

Niza dah tunggu kat tempat biasa. Shah plak call, mintak tunggu lagi 20 minit. Biler tanya katne, terus gelak2 riang...hahahaha ini mesti baru nak kuar rumah nih J abib pun tepon tanya lokasi TAH. So nampaknya inhek pengarah pun lambat dan akan gerak together2 lah dengan kitorang nih. Hahahaha...

 

 

0930 (Batu Caves)

Sesampainye di kedai India yang dekat ngan laluan ketapi tuh, si lynn tahan pun dah sampai...memang tak puas hati sebab orang yang paling jauh (bangi) tapi sampai paling awal nih. Hahahaha lynn ingatkan ateam nih dah berubah...hahaha maaflah, bab2 kepunctualan masa neh memang belom boleh diperbaiki lagi lah J then, aku dan buyut gerak gi amik shahs kat greenwood jap. Seterusnya kitorang together2 ah bergerak ke tempat yang dijanjikan. Malangnya, buyut ngan abib nih jadik guide dengan menggunakan motor. So main sesuka paru2 diorang jelah nak bawak cara mana pun. Terkontang-kanting ah anak2 ikan kat belakang nih nak folo. Diorang ingat keta aku Sampai satu part tuh, lagi 3 saat nak sampai simpang, baru dapat sms dari abib supaya buat U-turn neh. Waktu neh dengan kelam-kabutnye aku memusingkan stereng. Nasib baik keta aku nih power stereng. Itupun memang aku sendiri rasa aku bawak keta macam sarkessss...sabar jelah...lepas tuh sebab ada laluan simpang yang agak dihalang oleh lori, maka kena ah kitorang paksa guide bermotor tuh utk pegi recce...kalo tak paksa, mesti guide 2 orang nih buat selamba badak jek...hinsh hinsh hinsh...

 

 

1000(Wira Damai)

Hohohohohoho sampai di lokasi pemanjatan, tengok batu tu jek dah buat aku panik+muntah2 darah nih...so kitorang pun berkenal-kenalan ah dengan 2 orang abang yang akan memberikan tunjukajar, memberikan semangat serta memporak-perandakan perasaan kitorang di sepanjang program nih. Sorang namanya Abang Yen (dah kawen dan dah ada anak), sorang lagi abang own (status kehidupan sosial beliau tidak dapat dikenalpasti...hehehe) setelah memberikan sepatah dua kata, disusuli plak kena tulis nama dalam buku log (senang diorang nak check kite dah bayar ke blom...hehehe acah jek) serta operasi memakai 'harness' (sori ek kalo ejaan salah)...group pertama pun dipersilakan memanjat. Dan aku plak telah berjaya ditipu hidup2 oleh pihak musuh menyebabkan aku pun terjebak gak memakai benda alah tuh. Sarkess skali lagi kepada diriku.

 

Ada 2 trek yang disediakan, trek yang pertama dimulai oleh shahrizan dan yang kedua pula oleh inchek iskandar. Adapun trek yang pertama nih, agak pendek sket ltrek dia tapi kaki memang tahap takleh handle ah menggagau mencarik tempat berpijak. Boleh dikatakan bahawa semua pendaki pun amik masa lama kat situ. Even suhaimi panjang pun agak menggelabah puyuh di lokasi tersebut...hehehe. masa time aku tuh, aku dah nak tahap surrender dah. Tenaga dah habis, rasa gayat pun dah datang, peluh dah tahap mencurah2...tapi mujurlah (ayat formal) abang own sudi menggertak dengan nada ceria kepada diriku supaya meneruskan pendakian ke checkpoint. Hoho lepas gak trek yang pertama nih.

 

Disusuli pula dengan trek yang kedua. Trek nih agak panjang dan keadaan laluan nyer agak berbukit. Kira senang sket ah nak pijak kat mana2 celah pun. Adapun, di sinilah kami dapat menyaksikan aksi MI II oleh iskandar. Boleh lah plak kaki iskandar nih ternaik ke atas. So nampak macam kepala yang turun dulu...hehehe...kira aksi nih memang sangat menghiburkan serta menambahkanlagi perasaan gayat  di hati aku dan lynn tahan...hahaha kadet nooo inchek iskandar nih...sambil2 tuh, beberapa ahli cam buyut, iskandar, abib dah shah belajar jadik 'belayer' (yang tolong pegang tali kat bawah tuh).

 

Dah nak masuk tengahari, sesetengah dari kami tolong belikan makanan tengahari. Sumer orang makan lauk yang sama jek. Senang nak order. Sesetengah lagi meneruskan pendakian ke trek 3 dan trek 4. Trek 4 nih kira paling senang antara semua lah. Manakala trek 3 nih agak unik sket sebab dia ada laluan terowong batu. Niza asyik nak menyangkutkan diri kat situ jek. Shah sangkut plak yang tak tersangkut kat mana2 trek...kihkihkih. Tapi part nana panjat, memang nampak 'comel' giler. Kiranya abang guide tu pun sangat taksub ah dengan kehandalan wanita ini mem'park'kan kakinya. Agaknya inilah bidang rekreasi yang sepatutnya nana ceburi sejak awal lagi...hehehe.

 

 

1730 (Wira Damai) 

Hmmm mula2 ingatkan nak lepak mandi-manda kat ulu yam. Tapi memandangkan hari pun dah gelap serta cuaca pun dah tahap renyai2 itik, maka kitorang pun meneruskan perjalan pulang ke lokasi masing2. Insyaallah kalo ada rezeki, abang guide tuh nak ajak kitorang buat abseiling kat area watrefall plak. Huhu lagi mencabar woooo...

 

So till then, ini jek laporan yang saya dapat tulis pada kali ini. jumpa lagi J

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments