:.::. sEKaLi ATeaM..sELaMaNya ATeaM .::.:








<< April 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30






j0m2 teNgoK nIe...

[H0mE]
12 AcES : BeNOm
MaKan2 uMah MaR
bENOM BucKle Up (2nd Ed.)
kisAh MlwT BaBy En FarIz
traNs Bkt tAbUh, TmN MlwAti
Get TogetHer DinnEr (MarCh)
knDuri KawIn AboT
1st POst : BenOm
jln2..cuti2 malaysia
rock climbing






aTEaM's sHoutBox!!!

   









If you want to be updated on this weblog Enter your email here:









rss feed


Apr 4, 2006
BENOM'S BUCKLE UP (2ND EDITION)

##########################################################################
PROGRAM :   BENOM'S BUCKLE UP (2ND EDITION)
VENUE :   TRANS BUKIT GASING, PANTAI DALAM
DATE :   2 APRIL 2006 (SUNDAY)
TIME :   8.00 AM - 1.45 PM
PESERTA :   ABIB (PENGARAH), NIZA, YATT, SHAH, CICAK, TOMPOK, BUYUT, BANG CHIK,
         JAS, NABILA, FAD dan 13 ORANG GENG2 NETBALL KERAMAT!!!
##########################################################################


KISAH KLASIK PARA LASTMAN/WOMAN :

0630 :
saya dah bangun pagi. memang tahap malas giler nak bangun, tapi oleh kerana tahap kecintaan
terhadap Ateam adalah sangat tinggi, so ku gagahi jua diri untuk bangun, semayang dan
seterusnya menyiapkan sarapan untuk keluarga. Mak aku pun buat muke pelik dan berkata, '
aik awal buat sarapan hari nih...ini mesti nak gi jogging?!!'. lalu aku dengan tersipu-sipu malu
tapi mahu pun menjawab,'iye mak'...hahaha...seterusnya antar mesej pada niza. just pemberitahuan
bahawa diriku akan mengikuti program pada hari ini. then, gi mandi, bersiap dan seterusnya
memulakan perjalanan.

0740 :
alamak...diorang tutup jalan kat sekitar jalan duta la pulak sebab ada plak organisasi mana pegi
anjurkan larian. chesh macam sarkesss betullah...aku pun dah tahap panik2 ah sebab dah sangat
tersasar dari waktu yang dijanjikan. tapi bila calling2 semua orang...aiyarkkk shah sangkut baru
sampai kat masjid jamek, call nana plak tak dapat dikesan dan niza sendirik pun blom bergerak lagi
ke kondo rakyat...so TAH ku pun melajakkan diri untuk mengambil shahs kat kl sentral...tahap
setengah jam baru nampak muke, rupanya dia baru jek layan perut yang meragam...hihihi macam2lah
pe'el bebudak nih...boleh migrain diriku :-)

0830 :
Sesampainye kat area kondo rakyat, niza dan tompok tengah layan sarapan kat bawak blok 4.
kata mereka (perghhh standard noo ayat aku nih), abib ngan cicak kena ke keramat untuk menjadi
penunjuk arah kepada sekumpulan belia yang akan men'join'kan diri dalam aktiviti kali ini. tidak
berapa lama kemudian, mereka2 ini pun sampai...perghhh satu pasukan melaporkan diri nih...
panik plak aku :-) tetiba dapat plak menghubungi nana...rupenyer baru nak bangun tidur nih...
cheshhhh sarkes lagi skali...terpaksalah kami kehilangan seorang peserta pada hari ini. so setelah
semua militan2 sampai...maka kitorang pun bergerak ke tapak senaman.

0930 :
matahari dah tegak atas kepala, kitorang plak baru je nak buat warm up. abib jadik jurulatih senaman
dan seringkali lawak2 cerianya disambut mesra oleh gadis-gadis netball yang berkenaan (perghhh aku
sambil tulis, sambil muntah darah niiii...hihihi)...dan nampaknya kali nih kena buat lompat bintang
sebanyak 15 kali instead of 50 kali sebelum ini. itupun tak banyak yang dapat habiskan...kehkehkeh...
seterusnya perjalanan dimulakan dengan cicak dan buyut sebagai marshall dan geng2 lastman kite
pada aktiviti kali ini tidak lain dan tidak bukan adalah yatt, niza, shah, bang chik dan tompok. trek
kelihatan agak basah, so banyak ah kedengaran suara2 yang berteriak kecil sebab kaki terbabas.
then, sampai kat satu part yang mencanak tuh, hahahaha disinilah terjadinya adegan '3 PARI-PARI
SKH TAHAP 8 JUTTA KALI DENGAN SEORANG INCHEK'. alkisahnya, sampai kat trek mencanak yang
licin nih, some part boleh guna tali, some part boleh survive sendirik and some part lagi bolehlah
gunakan tangan (JIKA DIPERLUKAN)...so aabib kite yang GAGAH PERKASA nih pun telahlah
menghulurkan pertolongan tangan kepada adik netball kite ni. lalu kitorang yang jadik lastman nih pun
ingatkan boleh ah dapat pakej cenggitu jugak. tapi bile niza jerit, 'aabib, kitorang pun nak pakej macam
tu jugak', chesh inchek tuh tak layan puuuuun. dia bagi senyuman tahap sekilas pandang, then terus
gerak ke depan...huhuhuhuhu...sarkes betulll...ini yang buat kitorang sangat2 SKH nih. tahulah kitorang
nih dah selalu layan hutan belantara, tapi kitorang nyer tangan still selembut sutera lagi tauuu...huhuhu...
sampai kat part puncak mencanak tuh, aku plak rasa cam nak termuntah...walapun dah naik bukit gasing
untuk kali yang kedua, tapi taktahulah kenapa sampai kat part tuh, aku mesti piawai...so aku pun lepak
ah kejap ngan niza sebab nak minum air...sekali sumer guide2 turun padang nak rescue aku...aiyarkkkk...
aku plak yang panik dan tetiba cam malu sendirik...btw, thanks a lot for everyone who's concern about me...
i'm really appreciate it :-)

then, tengah jalan2 tuh terserempak ah ngan sekumpulan family mat saleh yang bawak anjing2 diorang
bersiar2. tak semena2, ada seekor anjing tuh pegi say hi kat niza...apalaga melompat ah minah tue
mempertahankan diri...and niza bertambah SKH bile budak laki tuh cakap, 'she's scared'. hahahahaha...
sabar je ek niza...kitorang bukan takut ngan anjing tuh, cume malas nak samak jek...dan begitulah s
eperti yang dipersetujui oleh tompok...hihihi...cicak plak dah taknak jadik leader, sebab asyik dia jek
tukang clear kan sarang labah2 yang bertebaran melintang jalan...hahaha...jalan-jalan lagi, geng2 lastman
nih bertemu ngan persimpangan...so dengan segala kuasa veto yang ada, kitorang pun memilih jalan yang
'senang'...hahaha choooppp take 5 lagi skali...perjalanan disambung setelah kitorang berjaya mengurangkan
kuantiti air 100 plus seseorang sehingga ke setengah botol (shhhhh...jangan kasitahu abib ek)...hihihi

1120 :
sampai kat menara TNB. masing2 buat aktiviti sendirik. ada yang main pepsi-cola, setengah nyer plak dok
rileks...dan inchek trainer pun tak buat latihan tahap muntah darah...selamatttttt...setelah melepak lebih kurang...
kitorang pun berangkat ke PELANTAR aka Menara Pandangan...aku pun tak ingat nama sebenar tempat nih...
dalam perjalanan tuh, aku ngan buyut layan lagu bernafas dalam lumpur, lalu 'seperti yang kujangka terjadi',
hujan pun turun mengiringi kesedapan nyanyian kami. lantas atas dasar bersyukur dengan rahmat yang diberi,
kami masih meneruskan aktiviti menyanyi...hahaha...waktu nih ada sorang budak netball dah tahap piawai...
so lama sket ah geng2 lastman nih merasa berhujan...hihihi...sesampainyer di PELANTAR, hujan kembali
reda. memandangkan dah masuk tengahari, maka bang chik dianugerahkan tugas untuk memasak air bagi
meng'cover' sifat lapar yang ada. tanpa segan silu, militan2 nih telah berjaya menyakat bang chik...sampai
tertumpah2 lah air yang dimasak tuh...hihihi...seterusnya abib memberikan sepatah dua kata mengenai
program benom dan ajak sesapa yang berminat untuk join skali. sepatutnya program bukit gasing nih adalah
sebagai latihan kepada pasukan ateam yang akan mendaki gunung benom pada minggu hadapan. namun
oleh kerana bilangan ateam telah menjadi minoriti, maka aktivit ini ditukarkan kepada sesi latihan untuk geng2
netball keramat pule...

1230 :
pergerakan balik ke markas utama...sepanjang perjalanan dirancakkan dengan perbualan mengenai masa
depan ateam...perghhh memang tahap ilmiah lah perbincangan kali nih yang disertai oleh abib, yatt, shahs
dan niza. insyaallah topik perbualan kami ini akan diketengahkan dalam pertemuan ateam yang akan datang.

0130 :
tiba di markas...sesi cooling down...dan akhirnya bersurai...sekelip mata, buyut dah transform pakaian...
OOooooo ada dating rupenye...tompok plak ajak makan kat kenduri kawen kawan dia yang terletak berdekatan,
tetapi kami dengan muka menahan kelapan, menolak tawaran tersebut dengan sopan...hihihi...abib plak sibuk
handle gadis2 netball..so tak reti2 lagi keh 3 pari-pari nih untuk membawa diri...hihihi...lalu kitorang pun
berangkatlah ke umah niza...mandi, semayang dan gi makan tengahari kat kedai pukul 3pm.

Maka, mengakhiri laporan saya pada kali ini adalah single yang dipetik dari album saya yang ke 67...terimalah...

SITI NURHALIZA - Seindah Biasa

Jangan pernah takut ku tinggalkan, Saat bintang tak mampu lagi berdendang
Saat malam menjadi terlalu dingin, Hingga pagi tak seindah biasanya

Takkan mungkin kita bertahan, Hidup dalam bersendirian
Panas terik hujan badai, Kita lalui bersama

Saat hilang arah tujuan, Kau tahu ke mana berjalan
Meski terang meski gelap, Kita lalui bersama

Ku tak bisa merubah yang telah terjadi, Tapi aku akan menjanjikan yang terbaik
Agar kita tak pernah menjadi jauh, Meski beza dermaga untuk kita berlabuh

Pernah kita jatuh, Mencuba berdiri, Menahan sakit dan menangis
Tapi erti hidup lebih dari itu, Dan kita mencuba melawan

Regards,
Yattleel Yang Jelita


Posted at 05:48 pm by i_am_nannnaa
Comments (2)  

Apr 2, 2006
[Kisah Melawat Baby Inchek Fariz!!!]

[29 Mar 2006 | Rabu]
[Yatt, Abib, Erin, Suhaizal, Niza, Nana]

Full Name : Aisya Arisa Binti Shamsul Fariz
D.O.B : 27.03.2006 20:30pm
Weight : 3.36kg

     

Elloooo...rabu aritu, diri saya, niza, abib, nana, erin dan suhaizal
telah berjaya melawat baby girl inchek fariz dan pn shasha yang
bernama aisya arisa...baru jek berumur 2 hari...cumel giler, rambut
hitam tahap lebat dan berkulit cerah (hahahaha tak macam
ayahnye...hihihi)

alkisah perjalanan semalam memang penuh ah dengan konflik. antaranya
salah tunggu tempat jumpa (niza), bile call baru nak mandi (abib),
baru nak pakai tudung (nana - sebab kyatt kata mybe nk tmpg smyg,
so mlsla nk pkai tdg dlu hi3) dan sesat xlarat sampai nak masuk laluan
sikal kat INTEC (erin). sempat singgah menunaikan semayang maghrib
dahulu di masjid negeri, shah alam...tu pun smpai bila wktu mgrib
dh tahap2 kronik..ho3 buleh pulak ktrg yg pmpuan ni confuse
katner tmpt solat wanita..psl kali ni keta parking kat tmpt lain kn..
so at last, kene la tnye pak guard kat situ..:)

dalam pada itu, inchek suhaizal
dah 18 jutta kali sms/call bertanyakan lokasi kitorang. rupenyer
incek suhaizal tuh dah tahap mati keras tunggu kitorang kat depan
pintu umah fariz :-) (inchek suhaizal sebenornye gi bukit jelutong dlu
sbb igt abg Roy and family still kat situ..tp rupenye informer slh kasi info,
so inchek suhaizal ni kene ahh patah blk ke umah inchek fariz kat Shah Alam..hehehe)

sblm smpai umah inchek fariz, ktrg sempatla jgk tlg melariskn jualan
kdai runcit kat bwh blok tu & cik niza yg tlg byrkn sume..hehehe..
er..cik niza, kene byr ke tak ek mknn arituhh??? ke free of charge..:D

kat umah fariz, kitorang dengar citer pasal pengalaman di wad
bersalin dan kesungguhan inchek fariz menemankan isterinya di saat2
kritikal tersebut...perghhh bravo ah inchek!!! pn shasha pun siap mngaku yg
inchek fariz ni mmg hubby yg baguss..kuat smgt lagii gituu :D
then, dapat ah tengok baby aisya... haha dah pandai mencebik...
elok jek dia tak meragam wpun kitorang memekak tahap lupe daratan nyer...hehehe...
smptlh amik pic aisya gune digicam n hp camera masing2..
inchek suhaizal n inchek abib pun sama sebuk gakk nk
tnjuk pic anak buah masing2..nk tunjuk anak sndiri, lom ade kn...hahaha..

seterusnya dalam perjalanan pulang, sebab asyik noo bersembang,
terlepaslah plak simpang nak ke umah nana. dah terpaksa jadik cam
explorace...main redah jek mana2 simpang, main langgar jek mana2
lubang...tup2 sampai gaklah ke umah nana nih...then antar abib dan
niza kat kerinchi, kendian antar erin kat keramat...program tamat.

itu jek laporan saya nih...nanti cik nana akan buat laporan utk masuk
dalam blog ek cik nana...hihihi...

baballah sabri taknak folo...SKH 8 ratus jutta kali....!!!hehehe...

till then, jumpa lagi.

-yattleel yang jelita- ditokok tmbah tolak oleh nana :D


new word for today???!&*##!
-kasut kerajaan :D extra info leh dptkn dr cik niza..kuang3


Posted at 06:24 pm by i_am_nannnaa
Make a comment  

Mar 29, 2006
LAPORAN TRANS BUKIT TABUH, TAMAN MELAWATI

============================================
Program : Trans Bukit Tabuh, Taman Melawati
Tarikh : 26 Mac 2006 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi - 6.00 petang
Peserta :
Yatt (Che Puan Pengarah Buckle Up), Abib (Inchek
Guide/Pengarah Benom), Niza (TP Benom), John, Gap, Buruj,
Suhaizal, Shah, Iskandar, Zaza, Kurill, Wan, Ina, Emel,
Badawi, Zarul, Buyut, Tompok, Cicak,
Bang Chik, Fad, Nabila, Jas

============================================

Kronologi Pendakian...


>> 0540 :
terjaga sebab dapat sms dari kapten john...menerima arahan supaya
mengambil zaza pagi ini...tapi tengok kat luar tingkap...alamak...hujan
daaaa...siap ada pakej guruh ngan petir tauuu...so konflik ah jugak sebab
taktahu samada nak teruskan program atau tak? tapi dalam kul 6.30 tuh,
hujan pun berhenti...Alhamdulillah. tapi panik ah jugak pagi2 nih sebab
kena siapkan sarapan untuk keluarga. aiyarkkk mesti kena marah ngan
budak ateam lah nanti sebab datang lambat...

>> 0715 :
gi amik zaza kat taman segambut sppk. dia pun cam ala2 panik sebab gap
tak citer penuh tentang perkara apaqah yang akan dibuat pada hari ini.
sementara tunggu zaza, sempat ah menelefon ketua2 bahagian...suhaizal
dan shahrizan ada kat highway subang, niza tengah tunggu geng2 pantai
amik dia, gap tengah tunggu john yang sedang bernyanyi2 dalam bilik air,
erin dah panik tak tahu sape yang akan pegi amik dia...hahaha...then
aku gi amik kurill plak kat damansara damai...boleh tahan gak ah tunggu
mamat nih...katanya pegi mem'baron' sekejap...hehehe

>> 0815 :
tiba di restoran anuar...uiks nama adik abib...haha rindu plak kat
nuar...waaa nampaknya meriah giler majlis mendaki bukit pada hari ini. wan
bawak geng2 dia...cun-cun dan kacak-kacak tuh...abib pun bawak kenalan2
dirinya. gap pun turun gak dari jb nihhhh....dasat...dasat...hujan
still lagi turun dengan renyai...abib dah musykil samada nak teruskan
program atau tidak memandangkan kitorang akan menggunakan laluan berbukit.
dah tentu sangat licin beb. so pendapat diriku, kite gerak jek sampai
tempat daki tuh, then baru kite boleh decide samada laluan tuh boleh
diterima akal atau tak. so beberapa ketika selepas iskandar sampai,
kitorang pun meneruskan perjalanan ke kaki bukit. kiranya peserta pada hari
ini ada seramai 23 orang dengan 1 van, 1 kembara, 2 iswara, 1 satria dan
1 kancil...hohoho semangatnyerrrrr.....

>> 1000 :
sampai di starting point...aku as CEO for today bagi ah salam
perkenalan. then abib plak bagi briefing ala-ala kadar tentang trek hari ini.
memandangkan ramai gak yang tidak dikenali, so masing2 pun memperkenalkan
lah diri sendiri. Bang Chik dilantik sebagai 'leader' dan langkah
pertama kami diiringi dengan bacaan doa oleh Al-Ustaz Al-John.
Perghhh baru 5 minit kaki melangkah, dah kena berenti untuk tangkap
gambar niiiie?!! memang dasat ah dia nyer view...dari mula naik lagi, dia
nyer pemandangan memang tahap marvellous. perjalanan kaki diserikan
dengan keindahan empangan hulu klang. so, pantang ada view yang superb
jek, memang wajib ah ajk-ajk pengambil gambar nih untuk menjalankan
kewajipan mereka. hoho walaupun tak warm up sebelum naik tadi, tapi kiranya
otot2 kaki tak ah terkejut sangat memandangkan kitorang sentiasa berenti
setiap 5 minit untuk bergambar...hahaha...guide pun rileks jek sebab
dia pun sangat teruja untuk mengambil gambar...so perjalanan yang
sepatutnya mengambil masa kurang 2 jam nih telahpun terlajak sampai ke 3
jam...bayangkan kul 1 petang baru kitorang sampai kat puncak nih. hmmmm
memang takleh handle betul. kejap kejap tangkap view yang nampak empangan.
kejap kejap tangkap plak pemandangan UIAM...hmmm che kurill dengan rasa
riak, takabbaur dan tahap bangga giler nih tatkala menunjukkan l!
okasi tempat bekerja beliau...elleh...tak heran laaaa...hihihi
Dalam perjalanan, takde plak yang cedera parah, sumer orang nyer
fitness memang tahap boleh dibanggakan ah. manakan tidak, asyik take 5
jek...dan trek plak takde lah tahap hardcore giler. cume ada 2 lokasi yang
memerlukan kepakaran bermain tali. hmmm aku yang gayat nih pun terpaksa
gak ah handle tali nih...memang sangat bangga ah ngan budak2 ateam nih.
sumer pun sangat membantu untuk emmastikan rakan2 sepasukan dapat
melalui semua cabaran dengan tenang...hahahaha. ada part2 plak kena
melangkah ngan lebih tinggi...dah macam rock climbing plak...dasat...dasat...

>> 1300 :
sampai kat tahap anak puncak. menurut guide, kite lepak makan2 kat
situ, then kite naik puncak berlenggang jek...jaraknye hanya dalam 5/10
minit jek. so macam2 ah juadah tengahari telah berjaya ditapaukan
antaranya nasi lemak dan roti canai lah. so kitorang pun naik puncak, lepak2,
tangkap gambar lebih kurang. then, nampak ah ada satu part kat kl nih
tengah diselubungi awan mendung. hmmm dah ujan le tuh. so kitorang pun
cepat2 repack balik and turun ikut laluan denai yang melalui kawasan
perkebunan penduduk. dekat laluan nih, aku, shah, zaza dan niza merasa lah
menjatuhkan diri sendiri. licin maaa. sebab baru lepas ujan...then
sampai kat satu part tuh, boleh lah plak diriku disuntik mesra oleh inchek
penyengat. sebenarnya aku tak tau pun itu penyengat, aku cume cakap kat
abib, aku kena gigit ngan semut besar yang boleh terbang. hahahahaha
kelakar...kelakar...aku nih memang kena amik kursus mengenal binatang
lah...hahaha...btw, laluan nih mudah giler sebab hanya perlu melalui
laluan hutan sahaja. tapi guide taknak ikut laluan nih, tak mencabar
katanya...

>> 1400 :
so kitorang sumer pun selamat sampai kat kawasan parking...rupanya
iskandar kena tembak 2 kali ngan penyengat. tak semena-mena badan dia naik
gegata. perghh ngeri doooh. orang lain cam tompok pun kena gak, tapi
still boleh dihandle lah. so segala jenis minyak telahpun berjaya
disapukan ke badan iskandar dengan harapan kegatalannya akan berkurangan.
separuh dari peserta balik awal, ada plak yang layan mandi kat aliran
sungai dan sebahagiannya pula, sibuk nak menyiapkan pengkaleran banner.
malangnya, cuaca tidak mengizinkan pula. apabila rintik2 hujan mula
membasahi bumi, kitorang semua pun repack balik sumer barang.

>> 1620 :
sumer orang bergerak mencari tempat sembahyang...waktu sampai kat
masjid berdekatan tuh, azan Asar telahpun berkumandang. so para peserta kena
qada baliklah zohor yang telah ditinggalkan tuh. seterusnya masing2 pun
kembalilah ke jalan asal...

Note : Thanks a lot for everyone who make this things happened, succeed
and really happening. See ya next!!!


-yattleel yang jelita-


Posted at 03:20 pm by i_am_nannnaa
Make a comment  

Mar 13, 2006
GET-TOGETHER-DINNER ON MONDAY (13th MARCH 2006)

#===========================================================#
Director      Yattleel Yang Jelita
Date/Place    13/03/2006,Chicken Hartz S.Pyramid
Participants  Yatt.Niza.Shah Sangkut.Nana.Erin.
              Abib.AbgChik.Buyut.Cicak.
              Shah.Suhaizal.Wann.Paen
Time          8pm
#===========================================================#


Elloo all..
Semalam Get-Together-Dinner program berjalan dgn sgt sgt lancarr..kYatt telah kluar office dkt2 6pm untuk bertugas as menteri pengangkutan :) bagi shah sangkut, niza n nana menaiki TAH..:D
Geng2 pantai plak (cicak,buyut,abg chik) datang bersama-sama abg abib menaiki WJF (tul ke ek..x igt la pulak) Dekat 8.10 mlm baru ktrg smpai Sunway Pyrmid..kelewatan 10 min tu mngkin kerana ksilapan TAH yg msk jln bwh kat jmbtn p.pinang tu..psl sume mcm taktau jln..hehe...so, kenela WJF take over jadi guide..tp ktrg yg dlm TAH pun confuse whether WJF tau jln ke x jikalau dilihat dr teknik pmanduan WJF yg agak memuskilkn..:D

smpai je Sunway Pyramid, kitorang carik surau dlu..tp jumpe jln mati pulak...so terpaksa la tnye arah 2x kat sape2 yg bertuah tu dlm SP tu..rupenya surau dh pndah ke level 5..(everyone pls take note ya..:D)pas solat, ade sesi bergambar dlu mnggunakn camera niza n aAbib..byk gak shoot diambil sbb niza xpuas ati apsl byk pic shaking..smpt gakla saye blajar cara2 pegang camera yg btul spya tak shaking..hehehe tq niza! :)

8.35pm..sesi amik pic tamat kat lvl 5..mula bergerak utk trn ke lvl lagi rendah..on d way g eskalator, jumpe plak bdk sekolah 2 org..Wan n Paen..(sriuss igt baru amik result SPM..hehe)..sesi brgmbar disambung balik utk 1,2 minit..8.40pm..jumpe peserta lain, kErin, aSuhaizal, shah kat depan Chicken Hartz entrance..aAbib n niza cuba mngambil pic kErin n aSuhaizal yg sdg mnunggu peserta2 lain..tp kErin berjaya mnymbunyikan muke pulak..knape lari kErin?? kui3..then, sume pakat borak n smbng balik penggambaran yg tergendala tadi..mcm2 pose di buat..(refer HERE!) dah kol 9 tp msing2 mcm takde gaya nk masuk je..so ktrg ladies2 yg dah lapo tahap ni msk ler dlu then baru la sume org nk masuk dlm Chicken Hartz tu..iskkk3

next, sesi makan yg sgt meriah...:D suare msng2 tahap nk 1 kedai dgr..:D utk pgram kali ni..tak timbul mslh ration..malah ration kali ni sgt berlebihan..(mnurut kata abg chik lh..hehe)..most of the participants cuba merasai kesedapan ice cream kat C.Hartz ni..mybe sebab curious nk tau knape niza bg email ckp ice cream kat situ xleh handle kot..:D

kol 10, kedai tutup..so ktrg kenela kluar..pserta2 mlepakkn diri kat depan entrance smbil tgk bdk2 main ice hockey..n mcm biasa, adela sesi brgmbr secara kecil2an..kol 10.30 sume mula bergerak balik menaiki TAH @ WJF @ BFW @ BHS (betul ke plat2 no ni ek..)..wan n paen plak naik moto yg kununnye di park kat bangsar..(ye yerk je)

okla..setakat ni aje..kalo ade nk add ape2..leh addl la ye..:)

anyway, shah n nana telah tersesat masa nk gi kelana jaya..kYatt pun dgrnye tersesat smasa mnghantar shah sngkut balik umah..hehhee..

sekian...


Posted at 10:20 pm by i_am_nannnaa
Comments (4)  

Mar 6, 2006
MISI ATEAM-KENDURI KAWEN ABOT

Wooooo nampaknya kali nih giliran saya plak untuk menulis laporan dalam ateamblog nih...memandangkan saya takleh bukak blog kerana telah diBLOCK, so kena minta khidmat nana lah utk mengepos nyer ke dalam ruangan ini.

Tanggal 4 Mac 2006, saya selaku pengarah program tidak rasmi yang dilantik oleh inchek suhaimi untuk program pakej makan tengahari di rumah kenduri kawen abot, telah start mencalling rakan2 yang dirasakan sudi hadir untuk memeriahkan keadaan. seperti yang lazimnya, misi kali ini juga menetapkan details seperti berikut:-


Tarikh : 5 Mac 2006
Tempat : Masjid Negeri, Shah Alam
Masa : 12.30 tgh
Pakaian : Menepati tema majlis perkahwinan ek.

So dengan tak disangka-sangka, pada hari kejadian tersebut, saya ngan niza merupakan peserta yang paling awal skali punch muka kat bandaraya shah alam tuh iaitu pd pukul 12 tgh. konon2nya nak bagi ini jadik program yang punctual lah...hmmmm harapan...on the way nak ke rhb bank, terpandang ah plak kedai secret recipe...maka air liur pun jatuh ah tahap bercucuran menegangkan kesedapan 'marble cheese cake' nyer. kadetnya, baru jek nak park keta, adalah plak si zakiskandar nih dah calling2 kitorang...katanya kena keje ari ahad nie dan kena masuk balik kul 2ptg. dia dah nak sampai lg 15 minit, so dia ajak kitorang gi ke umah kenduri tuh dengan kadar seberapa mee segera yang boleh...maka terpaksa ah kami membatalkan hasrat nak melaburkan duit kat secret recipe tersebut.


sementara tunggu zakiskandar, tangan pun leka lak mencapai handphone dan menekan nombor inchek sabri...baru nak masuk bunyi ring2 yang ke4, tetiba terpandang ah jam tangan CASIO ku...'alamak niza, baru kul 12.29tgh lak'...'haaa kak yatt, belom masa untuk call orang lagi laaa'...'hoho okkeh'...kami berdialog sesama sendiri...sambil itu, niza pun dah kuarkan kamera tahap juta2 dia tuh, terpaksalah...diulangi...terpaksalah kitorang menghabiskan masa keemasan ni dengan bergambar di pelbagai ruangan kubah masjid yang ada...hahaha...tunggu punya tunggu punya tunggu, inchek iskandar tak sampai2...bile call, 'inchek, awak kat mane?'. 'saya ada kat luar masjid dekat pintu no 3'. 'aiyark BABAL lah si iskandar nie...kitorang dah tahap mati keras kat tempat letak keta kat dalam nih, dia boleh dengan takde makne, tunggu kitorang kat luar nih?!!. BABAl la sekali lagi'

sejurus kemudian, dapat call dr inchek sabri, biler tanya katne lokasi....'hmmmm...aaaahhhh...ooohhhh'. 'inchek nie baru 5 minit kuar dari rumah ke?'. 'hahahaha betullah niza nie'. 'aiyark inchek sabri nih pun batal jugaklah'...so terpaksa ah saye dan niza menunggu lagi...tup tup...sikandar sampai, dan 20 minit kemudian, sabri pokadol pun sampai...ha pakai baju yang tak menepati majlis lah pulak...rupanya dia tengah dalam operasi mengecat rumah (haha bak kata john, sabri nih cat umah tiap2 bulan keh? hahahaha)...mujur tak datang pakai baju mengecat je tadik...

seterusnya call kapten john plak, 'apaqaaarrrrkkkhhhh blom bertolak dr kl lagi ni?!! kata kul 12 nak gerak?'. aku tengah tunggu shasha iron baju, katanya...hehehe

tidak berapa lama kemudian suhaizal ngan shahrizan (ehem...ehem...ops ini bukan nama sebenar ek) tibalah di perkarangan masjid setelah mengambik roy kat bkt jelutong.

so dalam lebih kurang sejam gak melepak kat perkarangan masjid negeri tuh, sumer kadet2 pun berjaya ah sampai (wpun baju sabri adalah sangat tidak KERAJAAN/menepati tema majlis), dan kitorang pun berangkat ah ke rumah abot dengan didahului oleh pasukan ATOS sebagai penunjuk jalan...sampai tempat kenduri, punch card utk makan dulu...dah kenyang melantak, baru ah carik tuan rumah aka pengantin. john ngan shasha pulak baru jek sampai. dah nampak muka abot (biler dah mekap nie, jadik lain plak mukenye), senyum2, salam2, gambar2...kitorang pun lapor diri kat masjid negeri semula untuk majlis semayang solat fardhu zuhur ek...hoho sambil berfoya2, perintah Tuhan perlu juga dijaga yek...

lepas semayang, Sabri ngan Iskandar dah balik dulu...ala SKH ah ngan diorang nih. tak sempat nak babai2 pun...fariz ajak singgah jap umah parents dia kat bukit jelutong...boleh ah melawat bini nyer yang tengah tunggu hari je tuh dan melawat kereta WAJAnyer yang hampir 'pandai berenang' semasa kejadian banjir di TTDI Jaya tempohari...

then, kembalilah ke destinasi masing2...saya sebagai ajk pengangkutan kawasan wilayah persekutuan pun menghantarlah niza ke pantai dalam. ajak ah abib lepak jap sebab nak citer pasal benom keh, pasal gerah ke...so geng2 pantai yang baru jek menyelesaikan tugas sebagai penanggah di kenduri kawen kawan mereka pun melaporkan diri di albaqiyat. siap bangga giler dengan baju rasmi mereka iaitu tshirt biru CUS. kehkehkeh batal betullah diorang nie...tapi tak lepak lama pun, sebab takut mak ayah saya bagi sound system plak kalo balik umah lewat sangat.

well, itu jek laporan ringkas saya yang tak berapa ringkas nih...

jumpa lagik di lain aktiviti...

yattleel yang jelita


Posted at 02:16 am by i_am_nannnaa
Comments (2)  

Mar 1, 2006
Akan Datang: XPDC Gunung Benom

Entry pertama untuk blog ni. Upcoming event ialah XPDC ke Gunung Benom, Pahang. XPDC ni dah dicadangkan oleh duo gila kuasa Encik Habib(Pengarah) dan Cik Niza(Timb. Pengarah).  :D. Buat masa sekarang ni tarikh XPDC ialah 8 - 11 April 2006 (sabtu-slase) ---sila baca dengan gaya Niza. ;P
 The latest line-up untuk XPDC ni:
  1. Habib ->Pengarah
  2. Niza -> Timb. Pengarah
  3. Iskandar ->AJK Tag & Banner
  4. Shah  ->AJK Ration
  5. Khai ->SuperGuide
  6. Suhaimi ->AJK PR
  7. Rao -> Runner
Dan yang menyibuk nak T-Shirt je walaupun tak pegi..
  1. Yatt - AJK Buckle-up
  2. Suhaizal
  3. Buruj
Niza dengan kuasa veto dah tutup tempahan T-Shirt lepas open for 24hours. Memang tahap gile kuasa dewa punye nih.

Chronological Sequence of Events
18/Feb/2006 - Duo gila kuasa Habib-Niza discuss nak buat XPDC ke Benom & Gerah
20/Feb/2006 - Niza selaku AJK seranta announce kat Yahoo!Groups
26/Feb/2006 - Yatt pun gila kuasa, lantik diri jadik AJK Buckle-up & pilih lokasi BU
27/Feb/2006 - Yatt announce locations untuk BU
28/Feb/2006 - Niza opens ordering untuk T-Shirt
01/Mar/2006 - Niza tutup T-Shirt ordering -- Kuasa veto tuu...

"Thank you for flying with Malaysia Airlines.."



Posted at 08:16 pm by finite_state
Make a comment  

ATEAM®