Hello sume..first n foremost, sorry ler sbb lmbt giler upload ini report..
report dh lame dpt tp tak smpt nk upload plus takde internet connction from last week..
btw, report ni yg asal ek..6 pages (oleh azari)..shahs dh edit ke 4 pages..
tp seem blogdrive leh je upload byk2..so nana paste ajelah yg ori..hehe..
okes..slmt membace :)
==========================================================
12 ACES >> BENOM [7 april - 10 april 2006]
Pengarah/Pengangkutan/Peralatan [Abib]
Timb Pengarah/Bendahari [Niza]
Ration [Azari]
Tag/Banner [Iskandar]
Medic [Suhaimi]
Buckle Up [Yattleel]
Peserta [Abib.Niza.Buyut.Cicak.Azari.Suhaimi.Gapp.Rao.Mawie.Iskandar.Shahs]
==========================================================

(Gambar Ihsan : Niza/Iskandar)
Day 0
Jumaat – 7 april 2006
10.30 malam - Rakan-rakan seperjuangan yg tak join program makan bersama-sama ngan En pengarah. Aik sorang je peserta dalam ramai-ramai nie. Terharu nak nangis dah pengarah ngan a-team nyer semangat setia kawan tapi control macho lagik tue.
12.30 malam - Bertolak dari kondo ke Kota Raya nak ambil kedet yg baru sampai, ader yg dah lama tunggu dan ader gak yang cuba² meletupkan tali kipas bas (alasan pasal lambat la tu). Berkenalan la kejap ngan En guide kiter yg bernama Rob. Hehehe Rao jumpa Rob nak pegi Raub.. Cam menarik jer la bunyinyer....
1.00 pagi- Baru la betul² gerak dari kl ke pekan raub. Walaupun sesak skit van tue tapi halangan pertama dapat gak la di harungi. Semput gak la van tue naik bukit.
3.00 pagi – Sampai kat pekan Raub. Cekik dulu la lapor la pulak. Lepak lama mautnyer kat kedai sampai nak tutup dah kedai tue. Pastu baru la pelan² kayuh ke rumah rehat Raub tapi bukan kat dalam rumah yg kiterorg lepak tepi rumah jer. Pasal tak bayor saper nak bagi masuk.
4.00 pagi – Pembahagian group mengikut suka tekak pengarah. Group Niza – Suhaimi, Gap, Mawi, Maa (Iskandar), Buyut. Group shah – Azahari, Rao, Habib & Cicak. Pastu bagi ration yg tak hengatnyer banyak, amik korang ubat makan bebanyak sampai kembung. Ader yg buat² pengsan taknak bawak ration banyak tapi nak buat cammaner memang lepas bahagi pun banyak.
5.30 pagi – Sementara nak tunggu hilux kul 6.30 pagi. Emmm nak buat aper ekk.. Zzzzzzzzzzzzzz (aku tertido sambil pegang pen).
Day 1
Sabtu – 8 april 2006
7.00 pagi –Hilux sampai memasing berebut la nak hilux comel warna putih tue 7 org pastu satu lagi hilux macam takder sambutan 5 org.. Ambik gambor lebih kurang cam biasa.
7.30 pagi - Gerak ke Lata Berembun la naik hilux comel lote tue. Hilux aku tak leh laju sangat pasal selekoh je sure pintu belah driver nak ter bukak.. Kesian aku nengok driver tu sebok nak masuk gear la, nak pegang stering la nak pegang pintu laa…. Hehhehehe si Rob gelak jer laaa…. Bukan nak tolong…. Trek tak hengatnyer best siap cross sungai, ader trek lompat² sampai Habib kena tampor 2-3 kali ngan pokok tak sempat nak elak.
8.30 pagi – Sampai kat Lata Berembun. Makan time ngan kuew teow goreng.. Huhuhu tak pernah program a-team makan kuew teow goreng nie. Abih teruja peserta nak siapkan. Si Gap cam biasa la kelaako beliau nak buat pertandingan masak. Ada dia bagi group aku 2 minit jer tuk siapkan mentang la diaorang buat dulu tapi aku dengan selambanyer kuar bapak kuali sambil gosok gigi jer kalahkan Gap. Hohohohoho….. Ader gak yang tak sabo nak buat menu seterusnyer. Dah siap serang laaa makanan ter hidang…. Meriah macam kenduri jer masak sarapan walaupun 11 org.
9.40 pagi – Start stretching di ketuai oleh Gap terel lebih kurang. Pastu penyiksaan pun bermula. Trek licin tak tau nak pijak mana, pacak lak tu pastu siap semak lagi. Aduh laaa pasal aper aku leh join lak nie (dalam ati jer laa).
12.30 tgh hari – sampai tempat makan t/hari. Sardine ngan roti. Bebudak nie cekik sampai tak tinggal roti tuk tengah hari esok. Nasib baik ration banyak. Rehat lebih kurang hilangkan penat.
1.30 tgh hari - Gerak balik trek naik cam biasa pacak 45 minit pastu rehat lagi 15 minit. Jalan 20 minit sampai la kat puncak botak. Lepak lagi 15 minit bergambor lebih kurang. Lagi pun malas nak push, pasal jalan pacak pastu nak sampai dah pun. (malas jalan la tu maknanyer huhuhuhu cam biasa)
4.00 ptg – Sampai ke Kem Bulat ujan tak hengat nyer lebat abis semua jadi ayam. Start Rao bagi idea kat Gap bungkus dia ngan plastic biru pasal tak bawak baju ujan. Emm ape lagi benda baru pelik dan best nie anak² ayam terus follow. Semua dah bertukar jadi haver sack dah aku nengok…. Kelako la pulak… sambil En pengarah ngan Gap pasang fly yg lain keluarkan tangan support fly dari dalam… hehehe macam² kalau dah terdesak tue…
5.15 ptg - Hujan pun berenti. Baru la anak² ayam tadi nak keluar dari penyamaran setelah dapat kepastian yang confirm sure pati dari Gap.. Dah la tak cool down. Gap cam biasa membebel….. Terus suma kuar nengok matahari skit.. Cooling down la apa lagi.
5.30 ptg - Tukor baju buat persiapan nak masak sementara 4 hero peringkat kebangsaan amik air. Suhaimi juara bertahan pasal tetap kena tipu walaupun dah banyak kali tertipu, masa amik air siap pakai seliper jepun lagik…. Kekekkkkkkeke kesian hero sorang tue. Al-kesahnyer 4 org hero tue turun tak hengatnyer cacak sampai tak sanggup turun pasal jauh melampau. Sampaikan air meleleh kat batu pun nak di amiknyer. Last² jumpa jugak la air yg berharga 8 juta liun tue yg di ketuai oleh En Rao kiter. Lepas penuhkan tank (botol) dan buang aper yang ader kat tank masing² (perut) terus la pada masalah biasa pencari air aper lagi pacak naik la pulak hins hins bunyi idung masing². Nak buat cammaner nak buang mahal oo air… demi team tersayang di gagahkan jugak la.
7.00 mlm – sampai la bebudak hero nie dgn napas supa kerbau nak kena sembelih. Huhuhuhuhu……. Yg lain terus la masak. Resepi mlm nie, nasi putih + ayam goreng berempah + sayur campur yg diketui oleh En azahari selaku chef de partie dalam ini xpdc. Tak sabo semua org nak siapkan menggoreng ayam tue. Group Niza memasing dah bertukar² tangan bersilang pun ada. Gap cam biasa la teruja nengok ayam sampai terliur. Group shah gak relax jer pasal tukang masak besar ader kat group. Shah sendiri pun tau masak. Rao cam biasa chef de buat the air.. Huhuhuh… siap jer buat air.. Terus pejam mata jap (tgh menahan kesabaran sebenarnyer nengok ayam tu).
9.00 mlm – Semua dah boleh makan. Mak ai kenyang tahap ulor sawa dah tak leh gerak. Mau taknyer sorang 2 ketul ayam. Kemas lebih kurang haaa masa berebut tempat tido. Tak muat la pulak, nasib baik guide kiter nyer fly besor leh sumbat lagi.
10.00 mlm – En guide kiter Rob buat penerangan serba sedikit pasal perjalanan esok tegasnyer paling lambat gerak kul 9.00 tuk ngelakkan night walk. Dengan selamba badak jer beliau cakap ader 18 puncak tipu termasuk 7 yg besor. Besor terus mata masing² yg dah kelam ayam tadi terdengar banyak no puncak tipunyer. Niza yg tengah terbaring bangun terus.. Hehehe.. Haa lantak la layan jer laa sampai dah pun kat sini. Mane nak lari beb. Kejap jer besor bijik mata tue pastu memasing layan perasaan masing². Tak reti² lagi ker…nak buat aaaa.....zzzzzzzzzz (tertido sambil pegang pen lagik)
Day 2
Ahad 9 April 2006
7.00 pagi. – huaahhh bangun tido...brrrrrrrrgegege sejuk giler dah macam kat puncak dah. Sepatutnye plan pagi² kul 9.00 dah siap gerak tapi kekejangan badan buatkan peserta terlajak bajak bangun. Pagi nie En Habib ngan Cicak turun amik air yg lain siapkan pentabiran campsite. Kelam kabut semua buat sarapan pagi, menunyer nasi putih + ikan bilis goreng berenang beraneka. Kekeke lantak la aper namanya pun janji layan. Tengah masing² cekik lebih kurang sambil buat lawak, guide dah bangun nak jalan dah. Tup² terpacak dah beliau itu ngan baju tracking menanti peserta yg terhegeh² tersengeh² tengok guide. Apalagi.. Panik la 11 org kedet ni haaa..... Nasib baik tak yah clear campsite kalau tak mau bertahun la guide tue tunggu. Aperaaaa.... Huhuhuhuhu.
10.00 pagi – Lepas stretching macam biasa baru la start trekking balik. Target puncak laa.. Maner lagik duration 5 jam beb + 18 puncak tipu. Ayyaarrkkk..... Nak pitam.
10.45 pagi – Sampai kat puncak 1. Huh ade lagik 6 puncak besor ker ayark. Bergambo lebih kurang hilangkan penat skit. Perjalanan di teruskan lagi target puncak 2.
11.00 pagi – hins hins baru puncak 2 ke... Cam biasa la gambo jgn tak gambo. Niza terpaksa amik ubat sengatan lebah pasal bengkak dah kaki beliau itu. Di bantu oleh en Habib. Medic terpaksa operate v-cam nyer yg tetiba je takbleh pakai. Hampeh kuasa berganda sambil kerut dahi. Perjalan diteruskan turun jer ader la pulak buat lawak sunway lagoon Rao ngan aku. Ader ker Rao yg bijak pandai tue cuba sambut aku yg tergelongsor. Ngan beliau skali la main sunway lagoon. Weeeeee curam ooo... Tapi best laju jer turun.
11.30 pagi – Wah cantiknyer view kat tanah runtuh nie (puncak 3)..... gambor la aper lagi... Niza la ketua bergambor nie... Abih semua sudut di petiknyer. Dari sini leh nampak ader beberapa puncak yg famous. Hilang jap penat nengok view melampau best. Syukur kepada Allah S.W.T. terus lagi daa takkan nk lepak kat sini jer.
11.56 pagi – singgah jap bancuh air ke aper ke nak cover energy balik. Trek pacak ooo... Menurut En guide tempat nie memang rest point bagi pendaki. Puncak take 5 la senang cerita. Kekekeke target seterusnyer kem pangkin 1 jam perjalanan.
1.05 t/hari – Tiba kat kat ke pangkin. Eh betul la adeer pangkin, 4 bijik la pulak tue semua dari kayu. Guide cakap pangkin nie tuk org kerja jabatan ukur buat survey tu pasal ader pangkin alkesahnyer. Yang tak bestnya ade pulak khazanah yang tertinggal iaitu seluar dalam (boxer shorts) ntah saper punya ntah, dah bercendawan dah. Selidik punya selidik ade jenama GAP, apa laie semua tergelak giler sambil menuduh yang Gap dah naik dulu siap tinggalkan barang kenangan laie. Gap pun layaaan jelah walaupun dalam hati menyumpah seranah pemilik boxer short tuh. Lepak lama skit pasal lepas nie trek pacak tak hengat ke puncak kira² 70-80 degree Fahrenheit amik masa 2 jam tuk sampai ker puncak benom. Ye ye nak sampai dah tapi sebelum sampai, ayark kelam lak mata aku kekeke cubaan buat² pengsan....... Jam menunjukkan kul 1.15, perjalanan bercampur keazaman yg kuat tuk sampai ke puncak di teruskan . Chayoookkk semua peserta.
3.00 ptg - Semua sampai kat puncak. Keadaan kat puncak lapang giler pasal pokok semua abis kena tebang untuk surveyor bagi tujuan mewartakan hutan benom sebagai taman negeri burkina faso selatan huhuhuhi.... En pengarah merangkap org last sekali sampai terus tanyer dah sampai... Ker? Tanyer beirut kat mana? Ngan selamba tikus mondok jer Gap jawap ader ½ jam lagi baru sampai puncak.... Haalllllaaaaaa pengarah terus bengang pasal tipah tertiu... Why me kenapa aku di seksa sebegini... Kata beliau itu. Huhuhuhu pada muka pengarah. Dah bengang ker aper ker cekik dulu laa aper pun simpan energy tu tuk ½ jam terakhir. 3.30 Teruskan perjalanan, semua nak pecut dah tue... Top speed dah semua.
½ saat pastu sampai puncak (Beirut terlindung di balik pokok), gelak ketawa memecah keheningan. Rupanyer geng sampai dulu da buat komplot nak tipu perserta belakang. Abis sumpah seranah la jawabnyer tapi semua happy pasal peserta amik gambor ngan pelbagai position sampaikan cadangan Gap gambor tido kat puncak pun diterima ramai. Huh syukur tak terhingga ke hadrat Ilahi di berinya kekuatan pada aku yg serba lemah ini tuk sampai kat puncak nie. Gambo kat campsite di puncak dan gambo lagi sampai lebam dibuatnyer. (yg tak pegi benom sila rujuk gambo² yg dikirimkan jgn dengki ek).
4.00 ptg - Selepas puas bergambo, kami mula bergerak turun ke base camp kami (Kem Bulat) ikut trek yang sama masa naik tadi. Masing-masing dengan perasaan yang gembira dan bangga mula turun dengan kelajuan maksimum tak hingat sebab nak catch up masa, lagipun trek turun je apa laie zusssshhhh…
5.15 ptg - Kami tiba di pangkin, setengah jam awal dari masa naik, rest jap sambil Gap dengan lawaknya cam biasa meminta izin kat Rob nak bawa balik boxer shorts yang dah berkarat tuh, tapi guide kita tak kasi sebab nak bela cendawan tu (layannn)..heheehe ade je idea ko ni Gap .Kami bergerak turun semula, abih la kena mengadap balik trek yang naik turun tadi campur lak dengan laluan hobbitnya, target check point tanah runtuh.
7.00 mlm - Tiba di check point tanah runtuh hari semakin gelap so semua bersiap sedia ngan torch light masing-masing, aku dah tak larat terus minta panadol active fast kat medic tapi ade masalah skit lak nak minum sebab masing-masing dah kehabisan air,yang tinggal air liur je,air minum si Rob pun dah tinggal sikit, tu pun diorang bedal sikit-sikit kasi abis, nasib baik la En medic kita ada air sikit je (jadila…) tapi sebelum tu dia bagitau yang air ni khas untuk minum ubat je so tak bleh nak di kongsi ramai. Oleh kerana masing-masing dah takde air, pengarah kita sanggup minum pati sirap yang pekat tuh, janji cecair dah tak kisah dah asal bleh telan. Ni mesti dah haus giler tahap cipan ni. Oleh kerana kesian tengok semua kadet kehausan, si Rob bagitau yang kita akan berhenti di puncak dua untuk melihat jika ada takugan air kat situ, kira ada la skit harapan nak dapat air, so semua dengan semangat bergerak ke puncak dua, haaittt!! Satu…dua…satu…dua!!
7.35 mlm - Sampai dah di puncak dua, masa aku sampai tu si Rao, Rob,Gap,sibuk ambil air takungan yang Rob cakap tadi. Walaupun takungan tu tak beberapa besar tapi buleh la bagi sorang sikit rase air tu.. Pengarah kita En Habib dengan semangat keluarkan 4 botol air untuk diisi, tapi cepat-cepat si Rao bagitau (berbisik) ada katak kat dalam tuh. Sumber air adalah satu takungan batu dimana didalamnya ada lebih kurang 5-7 ekor katak sedang berenang-renang kuak lentang,gaya bebas kat dalam tuh. Katak pun katak la dah sedap minum baru nak tau, janji bleh minum. So tak jadi la nak isi semua botol, isi lebih kurang 1,2 botol je…. Lepas abih semua minum, isi air, kami bergerak turun.
8.07 mlm - Kami sampai di puncak satu, aku dah mula pedon (kata org KL) pewai, aku demam ngan pening kepala daaa, aku baring jap sambil dengar diorang semua citer pasal itu ini dah macam base camp kat situ lak. Kami berehat disitu agak lama sementara tunggu aku yang tak beberapa pro mendaki ni rest. Macam-macam citer yang aku dengar, pasal yachting la, pasal OBS la haiii…lantak la. Mr Rob bertanyakan keadaan aku dan bagitau lepas ni dia suruh aku jalan belakang dia, kira bagi suppot sikit la kat aku.
8.30 mlm - Kami bergerak semula diikuti aku orang kedua belakang Rob, tapi kelihatan guide macam tak dapat nak cam mana satu route yang patut di lalui, kejap kiri kejap kanan , kami yang memang tak tau ni ikut je la si Rob tu, lelebih lagi aku, hampeh tul laa. Akhirnya dah konfom jalan baru la si Rob cakap yang dia saje je nak bagi senaman sikit kat aku (elehh…nak cover la tu).
8.45 mlm - Yahoooo yabedabedu success, semua selamat sampai di base camp,semua lega dan bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. Apo laie semua dok sibuk bergambo walaupun penat, pas bergambo buat cooling down yang dipimpin oleh medic kita En Suhaimi. Habis cooling down masing-masing mula sibuk tukar baju dan prepare untuk masak bagi makan malam. Menu makan malam pada malam kedua ni agak simple iaitu nasi goreng daging sayur campur (simple ke???). Aku cam biasa jadi pengarah dapur memberi perintah jopun kat diorang lelebih lagi team aku, sebab mase tu aku nak layan aku punya pening kepala ngan demam tadi. Bila dah kurang sikit baru la aku join sama group aku masak lagipun seronok lak tengok diorang ni kerjasama memasak cam kenduri kawin je.10.00 mlm baru stat makan kami jemput skali guide kita mr Rob makan sama, beliau bawa skali nescafe ais yang dia buat, ulang suara Nescafe ais. Fuh!! Memang best giler. Apa lagi tunggu kasi serang la nyam²… bluurrppp..
10.15 mlm - Biasa la mlm terakhir postmortem, setiap peserta di beri peluang meluahkan perasaan ker aper ke di mulai oleh org paling tua xpdc En Rao. Gelak ketawa memecah kesunyian mlm yg dingin sepoi² bahasa. Pengalaman tahap dewa En Rob membuat peserta terlopong. Aper lagi bertubi bangkit tubi la soalan. Sampai tahap pengalaman sadis guide pun di tanyer nyer, pasal pencari cacing biru sebesar lengan dari s'pore. Nak tau lanjut tanyer org yg pegi benom. Punyer la lama ceritanyer En guide ni sampai pengarah tergaru² berok nak stopkan pertanyaan bebudak nie. Hehehehe. Pastu seterusnyer bebudak lain sambil di selang seli pertanyaan ke En Rob balik. Huhuhu. Lama lagi la aku nak tido maknanyer. Huaaarggghh....
2.30 pagi - Baru la abis post moterm. Huarrgghh ngantuk nyer... En guide kiter bagi tahu esok turun kul 11.00 pun boleh jer, pasal hilux akan sampai kul 5.00 ptg. Selamat, tak yah la kelam kabut nak terpacak awal² huhuhuhu.. Suka beliau ini. Laaa bebudak nie tak nak tido lagik haaa lantak. Sampai kul 5.00 baru semua tahap nak pecah mata. Aku nak tido maner la pulak. Bawah kaki diorang pun layan jer laa.... Letak bantal masuk sleeping bag..... Zzzzzzzzzzzzz
Day 3
Isnin 10 april 2006
Oleh kerana ramai yang tido lewat semalam, pagi ni semua maleh nak bangun awal, aku sebenarnya ikutkan dah pun bangun pukul 7.00 pagi, tapi tengok semua keras, akupun apa lagi sambung tido ar, masa tu aku nampak si Gap dah bangun tetiba je dia keluarkan semua ration yang dia ada, susun canteeekk giler tak hingat kat sebelah dia, ingatkan dia nak masak, rupanya mamat tu bleh plak sambung tido balik haparaaa ko Gap. So maknanya sarapan untuk hari ni confirm lewat, bila dah kena perintah jopun dek pengarah baru la semua dok terkulat kulat bangun tu pun dah pukul 9.00 dah. Pengambil air si Mawi ngan buyut pun lewat giler nak ambik air, hampeh tul..nasib baik ade baki air semalam punya. Menu pagi ialah mihun sup tapi group Gap punyala malas nak masak mihun tu lalu diorang buat cekodok je. Group aku lak cam biasa ikut prosedur masak mihun sup yang dipimpin oleh aku sendiri huhuuhu..
10.30 pg - Selepas mencekik (tu pun tak abis sarapan, mungkin pagi-pagi ni semua malas nak makan banyak, mentang-mentang dah nak balik) kami mula berkemas dan membersihkan apa yang patut.
11.30 pg - Stat streching di ketuai oleh En Gap, si Mawi lak sibuk ambil gambar sorang satu dan gambar ramai-ramai, cam biasa Gap dengan lawaknya yang sentul tu setiap kali Mawi bertukar posisi nak ambik gambar streching ngan dia-dia skali berukar posisi sambil berposing dengan ntah apa-apa gaya cipan dia tuh (sila rujuk gambar). Layan jela Gap woiii...
12.00 tgh hari - Selepas bacaan doa baru la kami mula bergerak turun sejam lewat dari yang dirancangkan (dah masing-masing lewat nak bangun awal sapa suruh). Kami turun dengan santainya sampaikan si guide kita perli yang semalam bleh plak turun laju (saje je diorang ni ngada-ngada).
1.45 ptg - Tiba di satu check point, rest sekejap, sambil tu si Rob terangkan yang kalau ikut prosedur disini merupakan tempat untuk take 5 selepas turun dari Kem Bulat. Kami rest sambil masing-masing sambung cerita ntah tah ape-ape cerita ntah diorang tadi, aku cam biasa beborak ngan En Rob ngan En Rao.
2.00 ptg - Kami bergerak turun semula. Setengah jam sebelum sampai tengah syok-syok bejalan tetiba guide En Rob bagitau dah tersalah simpang,pulak dah.... Semua berhenti sementara si Rob cari route yang sepatutnya, Mawi ngan Rao pun turut cari sama. Tak lama selepas tu baru la jumpa route yang betul, Alhamdulillah mujur tak sesat, apalagi kami pun cargas la lelebih lagi si Rao yang sejak dari Kem Bulat tadi dok menahan perut nak terbabom, lajuuu je.
3.30 ptg - Kami sampai di Lata Berembun serentak ngan hilux kami yang kebetulan tiba sama pada masa kami baru je keluar dari hutan. Kami bersyukur skali lagi ke hadratnya kerana kami tiba dengan selamat tanpa berlaku apa-apa kejadian yang tudak diingini. Kami pun cooling down yang diketuai oleh Suhaimi, selepas tu cadangnya nak abihkan ration tapi dah semua dok sibuk tak sabar-sabar nak mandi jadi tak jadi masak, mandi je, mandi sampai lebam. Air terjun di Lata Berembun tu plak perghhh cantik giler tak ingat, jangan kata nak terjun tiruk, nak terjun bapak, datuk, nenek tiruk pun bleh. Semua dah jadi cam bebudak kecik yang excited giler dimana mak ayahnya bawa pi berkelah, nak-nak si Rao, buleh plak dia dapatkan pelampung ntah mana dia rembat ntah siap ngan life jacket laie Walhal semua dah besor gajah dah, seronok sakan la diorang semua sampai tak ingat nak balik termasuk la ngan aku skali. Heh heh heh…
5.15 ptg - Barula kami bertolak pulang dengan menaiki hilux yang telah tunggu dari tadi.(musti pemandu hilux tensen je tunggu punya lama keh keh keh tu la sapa suruh tiba awal).
6.35 ptg - Tiba di Raub, kami diturunkan berdekatan dengan masjid dan kedai makan. Masing-masing dah rentung dan lapar tahap cipan, kami decided nak makan dan sembahyang sementara tunggu pengangkutan kami En Lan tiba dengan vannya. Huh apa laie kasi pecah la (nyam). Masa makan sambil-sambil tu semua dok cerita pasal pengalaman masing-masing dalam aktiviti atau hobi mendaki gunung ni. Aku? Aku cam biasa la apa laie tengah tulis report ar ni…
9.15 mlm - Selesai makan, sembahyang apa semua pelbagai kami bergerak ke tempat kami mula-mula turun hari tu. Semua aku tengok dok layan diri, ada yang tengah revise balik gambar-gambar yang diambil sebelum ni, ada yang ngantuk pun ada, letih ada, tak kurang jaga ade yang sibuk antar report kat insan tersayang, bimbang lah katakan…hmmmmm
10.30 mlm - Van kami tiba di raub, kami pun reload bag, dan bertolak pulang ke Kuala Lumpur dengan membawa pelbagai kenangan manis dan unik dalam xpdc mendaki gunung Benom nih.

(Gambar Ihsan : Niza/Iskandar)
Sekian………… SUCCESS yiieeehaaaa (1.05 pg, 18 / 04 / 2006)