MISI ATEAM-KENDURI KAWEN ABOT
Wooooo nampaknya kali nih giliran saya plak untuk menulis laporan dalam ateamblog nih...memandangkan saya takleh bukak blog kerana telah diBLOCK, so kena minta khidmat nana lah utk mengepos nyer ke dalam ruangan ini.
Tanggal 4 Mac 2006, saya selaku pengarah program tidak rasmi yang dilantik oleh inchek suhaimi untuk program pakej makan tengahari di rumah kenduri kawen abot, telah start mencalling rakan2 yang dirasakan sudi hadir untuk memeriahkan keadaan. seperti yang lazimnya, misi kali ini juga menetapkan details seperti berikut:-
Tarikh : 5 Mac 2006
Tempat : Masjid Negeri, Shah Alam
Masa : 12.30 tgh
Pakaian : Menepati tema majlis perkahwinan ek.
So dengan tak disangka-sangka, pada hari kejadian tersebut, saya ngan niza merupakan peserta yang paling awal skali punch muka kat bandaraya shah alam tuh iaitu pd pukul 12 tgh. konon2nya nak bagi ini jadik program yang punctual lah...hmmmm harapan...on the way nak ke rhb bank, terpandang ah plak kedai secret recipe...maka air liur pun jatuh ah tahap bercucuran menegangkan kesedapan 'marble cheese cake' nyer. kadetnya, baru jek nak park keta, adalah plak si zakiskandar nih dah calling2 kitorang...katanya kena keje ari ahad nie dan kena masuk balik kul 2ptg. dia dah nak sampai lg 15 minit, so dia ajak kitorang gi ke umah kenduri tuh dengan kadar seberapa mee segera yang boleh...maka terpaksa ah kami membatalkan hasrat nak melaburkan duit kat secret recipe tersebut.
sementara tunggu zakiskandar, tangan pun leka lak mencapai handphone dan menekan nombor inchek sabri...baru nak masuk bunyi ring2 yang ke4, tetiba terpandang ah jam tangan CASIO ku...'alamak niza, baru kul 12.29tgh lak'...'haaa kak yatt, belom masa untuk call orang lagi laaa'...'hoho okkeh'...kami berdialog sesama sendiri...sambil itu, niza pun dah kuarkan kamera tahap juta2 dia tuh, terpaksalah...diulangi...terpaksalah kitorang menghabiskan masa keemasan ni dengan bergambar di pelbagai ruangan kubah masjid yang ada...hahaha...tunggu punya tunggu punya tunggu, inchek iskandar tak sampai2...bile call, 'inchek, awak kat mane?'. 'saya ada kat luar masjid dekat pintu no 3'. 'aiyark BABAL lah si iskandar nie...kitorang dah tahap mati keras kat tempat letak keta kat dalam nih, dia boleh dengan takde makne, tunggu kitorang kat luar nih?!!. BABAl la sekali lagi'
sejurus kemudian, dapat call dr inchek sabri, biler tanya katne lokasi....'hmmmm...aaaahhhh...ooohhhh'. 'inchek nie baru 5 minit kuar dari rumah ke?'. 'hahahaha betullah niza nie'. 'aiyark inchek sabri nih pun batal jugaklah'...so terpaksa ah saye dan niza menunggu lagi...tup tup...sikandar sampai, dan 20 minit kemudian, sabri pokadol pun sampai...ha pakai baju yang tak menepati majlis lah pulak...rupanya dia tengah dalam operasi mengecat rumah (haha bak kata john, sabri nih cat umah tiap2 bulan keh? hahahaha)...mujur tak datang pakai baju mengecat je tadik...
seterusnya call kapten john plak, 'apaqaaarrrrkkkhhhh blom bertolak dr kl lagi ni?!! kata kul 12 nak gerak?'. aku tengah tunggu shasha iron baju, katanya...hehehe
tidak berapa lama kemudian suhaizal ngan shahrizan (ehem...ehem...ops ini bukan nama sebenar ek) tibalah di perkarangan masjid setelah mengambik roy kat bkt jelutong.
so dalam lebih kurang sejam gak melepak kat perkarangan masjid negeri tuh, sumer kadet2 pun berjaya ah sampai (wpun baju sabri adalah sangat tidak KERAJAAN/menepati tema majlis), dan kitorang pun berangkat ah ke rumah abot dengan didahului oleh pasukan ATOS sebagai penunjuk jalan...sampai tempat kenduri, punch card utk makan dulu...dah kenyang melantak, baru ah carik tuan rumah aka pengantin. john ngan shasha pulak baru jek sampai. dah nampak muka abot (biler dah mekap nie, jadik lain plak mukenye), senyum2, salam2, gambar2...kitorang pun lapor diri kat masjid negeri semula untuk majlis semayang solat fardhu zuhur ek...hoho sambil berfoya2, perintah Tuhan perlu juga dijaga yek...
lepas semayang, Sabri ngan Iskandar dah balik dulu...ala SKH ah ngan diorang nih. tak sempat nak babai2 pun...fariz ajak singgah jap umah parents dia kat bukit jelutong...boleh ah melawat bini nyer yang tengah tunggu hari je tuh dan melawat kereta WAJAnyer yang hampir 'pandai berenang' semasa kejadian banjir di TTDI Jaya tempohari...
then, kembalilah ke destinasi masing2...saya sebagai ajk pengangkutan kawasan wilayah persekutuan pun menghantarlah niza ke pantai dalam. ajak ah abib lepak jap sebab nak citer pasal benom keh, pasal gerah ke...so geng2 pantai yang baru jek menyelesaikan tugas sebagai penanggah di kenduri kawen kawan mereka pun melaporkan diri di albaqiyat. siap bangga giler dengan baju rasmi mereka iaitu tshirt biru CUS. kehkehkeh batal betullah diorang nie...tapi tak lepak lama pun, sebab takut mak ayah saya bagi sound system plak kalo balik umah lewat sangat.
well, itu jek laporan ringkas saya yang tak berapa ringkas nih...
jumpa lagik di lain aktiviti...
yattleel yang jelita